why hobby is important?
Hi, assalamualaikum. Hari ni kami ingin bercerita sedikit tentang kepentingan hobi dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita tahu, masalah mental dalam kalangan rakyat Malaysia, semakin hari semakin teruk lagi lagi dalam keadaan PKP yang tiada penghujungan ini. Tanpa kita sedar, hobi memainkan peranan yang besar dalam membantu mengekalkan minda kita untuk kekal stable dan waras. Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, mari kita fahami dahulu apa itu hobi.
Hobi merupakan aktiviti reakreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, bermain dan sebagainya. Hobby give you opportunity to enhance your life. It allow you to destress yourself while remaining mentally productive. Having a hobby promotes better health and may lower the risk of having high blood pressure. Enjoying a few hours of your hobby a week can also reduce the risk of depression and dementia.
Hari ni kami ingin berkongsi dengan korang semua, tentang satu hobi yang baru sahaja kami ceburi iaitu bercucuk tanam. Bercucuk tanam bukanlah satu aktiviti yang digemari ramai. Jauh lagi untuk dijadikannya sebagai satu hobi. Hal ini kerana ramai yang beranggapan bahawa bukan semua orang dilahirkan boleh mencucuk tanam. Dengan segala khabar angin yang mengarut tentang hanya orang yang bertangan sejuk sahaja boleh bercucuk tanam. Hanya orang yang bertangan sejuk sahaja tanamannya akan subur. Kedua-dua pernyataan ini jelas adalah tidak benar sesama sekali. Apa yang kita perlukan hanya la ilmu pengetahuan dan kesabaran.
Baby step adalah salah satu cara yang kami amalkan semasa mula menceburi bidang bercucuk tanam ini. Kami mulakan dengan menanam tanaman-tanaman indoor dimana tanaman- tanaman indoor ini senang dijaga. Mereka tidak memerlukan air yang banyak, hanya perlu menyiram apabila tanahnya kering. Contohnya seperti pokok lidah jin dan pokok getah di mana hanya perlu menyiramnya seminggu sekali sahaja. Jika kamu pengemar pokok-pokok bunga, boleh mula dengan menanam pokok peace lily. Peace lily ini senang di jaga dan jugak sangat cantik!
Kamu jugak perlu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang jenis tanah untuk tanaman dan jumlah cahaya yang diperlukan untuk tanaman.
- Tanah Atas – lapisan tanah yang paling atas pada tanah.
- Tanah Bakar – sisa tanah liat; selalunya dari pembuatan pasu.
- Tanah Hitam – tanah yang dah dicampur dengan sekam bakar.
- Pasir – pasir sungai atau lombong.
- Bahan Organik – kompos, sabut kepala halus atau mana-mana najis haiwan ternakan (lembu, kambing, ayam, arnab).
Jumlah cahaya matahari yang diperlukan bukan sama untuk semua tanaman. Ada yang memerlukan cahaya penuh (bright sunlight), cahaya separuh (medium sunlight). ataupun cahaya kurang atau redup. Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matarahi waktu petang terlalu terik.
Sekarang kita dah ada sedikit ilmu, so bolehlah kita start untuk try menanam! Boleh lah cuba menanam apa-apa jenis tanaman yang menawan hati. Nak start hobi baru juga memerlukan kesabaran tau! Semoga dengan hobi baru korang ni dapat membantu memperbaikkan kehidupan seharian korang tak kira la dari segi emosi ataupun fizikal. Semoga kita terus kuat! xoxo
It's a good idea to start gardening now!!
ReplyDelete