refleksi
Alhamdulilah dengan izinNya dapatlah kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Tugasan kokurikulum pada semester ini iaitu KQK 1051 Kesihatan dan Kecergasan banyak memberi ilmu dan input kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Dari cara menulis diblog sehinggalah cara membina keyakinan diri semasa pembentangan. Sebelum kami meneroka blogger, kami kurang ilmu pengetahuan mengenai blog. Setelah menerokainya, kami sangat enjoy berkongsi, memberi pendapat dan padangan kami di blogger. Dengan menulis di blog ini, tanpa kami sedar ia dapat mengurangkan tekanan belajar kami . Ianya satu kepuasan pada kami semasa mencantikkan blog dengan pelbagai gambar dan video hasil tangkapan dan buatan kami sendiri. Banyak ilmu yang kami peroleh daripada pembentangan-pembentangan rakan sekelas kami. Pertukaran pendapat dan pelbagai ilmu baharu dapat kami perolehi dari pembentangan-pembentangan rakan sekelas kami semasa PDPR dijalankan. Hasil kerjasama kami iaitu saya, Julea dan rakan sekerja saya, Alia sangat memberangsangkan. Walaupun kami terpaksa membuat tugasan ini secara atas talian sahaja, namun kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Selain daripada itu, kami juga telah memasuki dunia mencucuk tanam sebagai hobi baru kami. Banyak faedah yang dapat kami perolehi dari hobi baru kami ini. Seperti yang kita sedia maklum, untuk memulakan hobi baru itu, bukan la perkara yang senang akan tetapi disebabkan KQK 1051, kami dapat memulakan hobi baru kami ini dengan mudah sekali. Banyak ilmu pengetahuan yang baru kami dapat perolehi dari tajuk pembentangan hobi kami ini, dari jenis-jenis tanaman sehingga la faedah bercucuk tanam. Setelah mendalami topik hobi ini, baru la kami sedar akan kepentingan mempunyai hobi. Bukan sahaja dapat mengisi masa lapang kita, malahan boleh menjadi satu aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan dalam kehidupan seharian kita. Terima kasih den semoga kita berjumpa lagi!
Semoga rutin menulis blog boleh dijadikan kebiasaan baru dalam hidup kalian juga selepas ni :)
ReplyDeleteaamiin insha allah :)
Delete