A fun hobby that’s good for you


 BERCUCUK TANAM DAPAT MEMBERIKAN PELBAGAI MANFAAT

Hi, assalamualaikum. Hari ni, kami ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan manfaat yang kami perolehi daripada hobi bercucuk tanam kami.

Kebiasaannnya, aktiviti bercucuk tanam ini lebih digemari oleh golongan yang lebih tua. Hal ini kerana, golongan muda sekarang kurang pengetahuan tentang bercucuk tanam. Mereka tidak tahu bahawa aktiviti ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada mereka. Bukan sekadar manfaat dari segi zahir bahkan dari segi batin juga seperti emosi dan mental. Mereka merasakan aktiviti bercucuk tanam ini sangat memenatkan dan lebih memilih untuk melakukan aktiviti di dalam rumah (Indoor).

Dalam blog ini, kami ingin membuka mata semua golongan mengenai kebaikan yang dapat diperoleh apabila kita bercucuk tanam. Pertama sekali, apabila kita bercucuk tanam kita dapat menanam pelbagai sayuran dan buah-buahan. Selain boleh menjimatkan wang, kita juga dapat menanam secara organik dan merasai hasil tanaman kita. Berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan kita kerana aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh. Hal ini dapat mengurangkan rasa stress dari pekerjaan seharian dan membantu kita untuk tidur nyenyak di malam hari.

Aktiviti bercucuk tanam ini juga dapat menenangkan fikiran kita. Cuba bayangkan apabila kita melihat bunga-bungaan yang berwarna-warni, pasti kita berasa sangat tenang dan bahagia. Selain bunga-bungaan, kita juga dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan serangga di kebun kita. Bukan sahaja dapat mempelajari tentang sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan, malahan secara tidak langsung kita juga belajar tentang haiwan dan alam sekitar. Memupuk lagi rasa sayang dan cinta akan alam sekitar. Oleh itu, kami dapat menyimpulkan bahawa hobi berkebun ini sangat memberi manfaat dan meninggalkan kesan yang besar kepada kami. Semoga dengan penulisan kami diblog preciousgardenz ini dapat membuka mata korang semua untuk mula menceburi bidang bercucuk tanam ini.

Dibawah ini kami sertakan video pendek ringkas berkenaan dengan hobi bercucuk tanam kami.


Sekian, daripada kami. Semoga bertemu lagi di masa yang akan datang!

 

Comments

Post a Comment